Saturday, 15 May 2010

Pemasangan Dalam Casing


Proses pemasangan asas bagi sebuah komputer boleh dibahagikan kepada 12 langkah utama iaitu:

Langkah 1: Membuka penutup casing
  • Keluarkan skru pada bahagian belakang casing komputer
  • Tarik keluar panel penutup casing tersebut.





Langkah 2: Memasang Power Supply
  • Tempatkan Power supply pada lokasinya (biasanya pada bahagian atas,belakang casing komputer)
  • Skrukan Power Supply tersebut pada Casing komputer
 


Langkah 3: Memasang Motherboard
  • Tempatkan Motherboard pada bahagian dalam casing komputer selaras dengan lubang skru yang terdapat pada casing komputer
  • Pasang pelapik pada setiap bahagian skru
  • Ketatkan skru di atas pelapik skru tadi.





Langkah 4: Memasang Processor
  • Buka penutup soket sepenuhnya ke atas
  • Perhatikan tanda pada hujung processor dan soket
  • Padankan Processor dengan soket agar kaki processor berpadanan dengan lubang yang terdapat pada soket
  • Masukkan Processor pada soketnya
  • Tutup semula penutup soket dengan rapat

 

Langkah 5: Memasang kipas CPU
  • Letakkan kipas CPU di atas processor
  • Masukkan klip pada salah satu hujung kipas pada soket CPU
  • Stabilkan kipas CPU agar klip yang telah dimasukkan tidak tercabut
  • Masukkan dan tekan klip di sebelah lagi kipas CPU agar kipas melekat dengan kemas pada soket tersebut
  • Pasang kabel yang terdapat pada kipas CPU pada soket Plug-in yang terdapat pada motherboard

    

Langkah 6: Memasang kad Memory
  • Buka klip soket Memory pada kedua-dua belah hujung soket
  • Padankan kaki kad dengan slot memory
  • Tekan kad di kedua-dua belah kad pada kadar yang sama sehingga klip pada kedua-dua hujung tertutup sendiri.






Langkah 7: Memasang kad tambahan

  • Padankan kaki kad tambahan dengan slot PCI
  • Tekan kad sehingga betul-betul rapat pada slot tersebut.
  • Pasang skru pada casing untuk memegang kad dengan lebih kemas




Langkah 8: Memasang Hard Disk

  • Setting jumper pada Hard Disk
  • Masukkan Hard Disk pada ruangannya
  • Pasang skru untuk mengetatkan kedudukan Hard Disk
  • Pasang kabel IDE pada Hard Disk berdasarkan pemasangan jumper yang telah dibuat dan pada motherboard pada ruangan system


   


Langkah 9: Memasang DVD Drive
  • Keluarkan penutup casing bahagian hadapan pada ruangan yang ingin menempatkan DVD Drive
  • Masukkan DVD Drive pada ruangan tadi
  • Pasang skru pada ruangan yang berkenaan
  • Pasang kabel IDE pada DVD Drive berdasarkan pemasangan jumper yang telah dibuat dan pada motherboard pada ruangan system



   



Langkah 10: Memasang Floppy Drive
  • Keluarkan penutup casing bahagian hadapan pada ruangan yang ingin menempatkan Floppy Drive
  • Masukkan Floppy Drive pada ruangan tadi
  • Pasang skru pada ruangan yang berkenaan
  • Pasang kabel Floppy pada Floppy Drive pada bahagian berpintal dan pada motherboard pada ruanganFloppy Controller


   


  

Langkah 11: Menyambung kabel Power Supply
  • Kenalpasti  port penyambungan yang terdapat pada Power Supply
  • Port yang paling lebar perlu disambungkan pada motherboard
  • Port yang bersaiz sederhana perlu disambungkan pada DVD-Drive dan Hard Disk
  • Port yang paling kecil pula perlu disambung pada Floppy Drive

  
  

Langkah 12: Memasang penutup casing
  • Tutup semula penutup casing dengan betul dan kemas
  • Pasang skru pada ruangan yang bersesuaian


Pemasangan sebenar bergantung kepada jenis casing yang digunakan.

Selamat Mencuba !!!

    No comments:

    Post a Comment