Sunday, 20 June 2010

Set Komputer



Secara umumnya, satu set komputer peribadi (PC) digambarkan seperti di bawah;





Perkakasan yang lazim dapat dilihat pada satu set komputer adalah seperti monitor, mouse, keyboard dan CPU.

Istilah CPU secara lebih tepatnya merujuk kepada casing komputer yang bertindak sebagai perumah kepada semua komponen penting bagi sesebuah komputer.

Sila rujuk Topik: Dalam Casing untuk mengetahui kandungan yang tersimpan di dalamnya.

Friday, 18 June 2010

Dalam Casing



Kalau dilihat secara luarannya, ia hanyalah sekadar sebuah perkakasan sahaja sebagaimana perkakasan lain seperti monitor.

Namun sebenarnya dalam casing inilah lokasi yang menempatkan komponen-komponen penting bagi sesebuah komputer.

Cuba lihat, apa yang dapat diperhatikan setelah penutup bagi casing komputer dibuka.



Jika dirungkaikan satu persatu, kandungan yang lazimnyer terdapat dalam sebuah casing komputer adalah seperti berikut:


Power Supply
 

Motherboard

 


Processor (CPU)



 

Memory Card (RAM)


Hard Disk



 
CD/DVD Drive




Floppy Disk Drive




Tu jer sebenarnya, selebihnya adalah kabel yang perlu disambung antara satu sama lain...



Wednesday, 16 June 2010

Port Komputer


Ilustrasi yang disediakan di bawah merupakan gambaran yang terdapat pada bahagian belakang casing komputer.


    Juga untuk lebih jelas, berdasarkan gambar sebenar port pada sebuah motherboard, kenalpasti bahawa perwakilan ilustrasi di atas berdasarkan gambar sebenar di bawah:

    2: PS/2 Mouse Connector
    3: PS/2 Keyboard Connector
    4: USB Port
    5: Serial Communication Port
    6: Parallel Port
    7: VGA Port
    9: Ethernet LAN Port
    10: Minijack (Audio out, Microphone, Line In)


    Dan yang tak terdapat dalam gambar di bawah:


    1: Power Port
    12: Internet WAN Port





    Susunan kedudukan port adalah tidak tetap dan bergantung sepenuhnya kepada jenis motherboard yang terdapat pada komputer masing-masing. 


    Monday, 14 June 2010

    Motherboard


    Motherboard bertindak sebagai papan litar yang menempatkan semua komponen-komponen penting pada sesebuah komputer.

    Antaranya, ia bertindak sebagai tapak untuk menempatkan komponen-komponen seperti:
    1. Processor
    2. RAM
    3. CMOS
    4. Expansion Card
    Berikut adalah gambaran bagi sebuah motherboard:



    Saturday, 12 June 2010

    Kad Tambahan



    Kad tambahan dipasang pada seseubah komputer bertujuan untuk menambah fungsi berkaitan yang diperlukan. Ianya dipasang pada slot penyambungan yang terdapat pada motherboard samada pada AGP slot, ISA slot atau PCI slot.

    Lazimnya, terdapat 3 jenis kad tambahan (expansion card) yang dipasang pada sesebuah komputer iaitu:

    Kad Grafik (Graphic Card) 
    • berfungsi untuk memboleh grafik dipaparkan pada skrin monitor.




    Kad Bunyi (Sound Card)
    • berfungsi untuk membolehkan audio dihasilkan pada speaker komputer.


    Kad Rangkaian (Network Card)
    • berfungsi untuk membenarkan data dihubungkan menerusi rangkaian komputer.



    Saturday, 15 May 2010

    Pemasangan Dalam Casing


    Proses pemasangan asas bagi sebuah komputer boleh dibahagikan kepada 12 langkah utama iaitu:

    Langkah 1: Membuka penutup casing
    • Keluarkan skru pada bahagian belakang casing komputer
    • Tarik keluar panel penutup casing tersebut.





    Langkah 2: Memasang Power Supply
    • Tempatkan Power supply pada lokasinya (biasanya pada bahagian atas,belakang casing komputer)
    • Skrukan Power Supply tersebut pada Casing komputer
     


    Langkah 3: Memasang Motherboard
    • Tempatkan Motherboard pada bahagian dalam casing komputer selaras dengan lubang skru yang terdapat pada casing komputer
    • Pasang pelapik pada setiap bahagian skru
    • Ketatkan skru di atas pelapik skru tadi.





    Langkah 4: Memasang Processor
    • Buka penutup soket sepenuhnya ke atas
    • Perhatikan tanda pada hujung processor dan soket
    • Padankan Processor dengan soket agar kaki processor berpadanan dengan lubang yang terdapat pada soket
    • Masukkan Processor pada soketnya
    • Tutup semula penutup soket dengan rapat

     

    Langkah 5: Memasang kipas CPU
    • Letakkan kipas CPU di atas processor
    • Masukkan klip pada salah satu hujung kipas pada soket CPU
    • Stabilkan kipas CPU agar klip yang telah dimasukkan tidak tercabut
    • Masukkan dan tekan klip di sebelah lagi kipas CPU agar kipas melekat dengan kemas pada soket tersebut
    • Pasang kabel yang terdapat pada kipas CPU pada soket Plug-in yang terdapat pada motherboard

        

    Langkah 6: Memasang kad Memory
    • Buka klip soket Memory pada kedua-dua belah hujung soket
    • Padankan kaki kad dengan slot memory
    • Tekan kad di kedua-dua belah kad pada kadar yang sama sehingga klip pada kedua-dua hujung tertutup sendiri.






    Langkah 7: Memasang kad tambahan

    • Padankan kaki kad tambahan dengan slot PCI
    • Tekan kad sehingga betul-betul rapat pada slot tersebut.
    • Pasang skru pada casing untuk memegang kad dengan lebih kemas




    Langkah 8: Memasang Hard Disk

    • Setting jumper pada Hard Disk
    • Masukkan Hard Disk pada ruangannya
    • Pasang skru untuk mengetatkan kedudukan Hard Disk
    • Pasang kabel IDE pada Hard Disk berdasarkan pemasangan jumper yang telah dibuat dan pada motherboard pada ruangan system


       


    Langkah 9: Memasang DVD Drive
    • Keluarkan penutup casing bahagian hadapan pada ruangan yang ingin menempatkan DVD Drive
    • Masukkan DVD Drive pada ruangan tadi
    • Pasang skru pada ruangan yang berkenaan
    • Pasang kabel IDE pada DVD Drive berdasarkan pemasangan jumper yang telah dibuat dan pada motherboard pada ruangan system



       



    Langkah 10: Memasang Floppy Drive
    • Keluarkan penutup casing bahagian hadapan pada ruangan yang ingin menempatkan Floppy Drive
    • Masukkan Floppy Drive pada ruangan tadi
    • Pasang skru pada ruangan yang berkenaan
    • Pasang kabel Floppy pada Floppy Drive pada bahagian berpintal dan pada motherboard pada ruanganFloppy Controller


       


      

    Langkah 11: Menyambung kabel Power Supply
    • Kenalpasti  port penyambungan yang terdapat pada Power Supply
    • Port yang paling lebar perlu disambungkan pada motherboard
    • Port yang bersaiz sederhana perlu disambungkan pada DVD-Drive dan Hard Disk
    • Port yang paling kecil pula perlu disambung pada Floppy Drive

      
      

    Langkah 12: Memasang penutup casing
    • Tutup semula penutup casing dengan betul dan kemas
    • Pasang skru pada ruangan yang bersesuaian


    Pemasangan sebenar bergantung kepada jenis casing yang digunakan.

    Selamat Mencuba !!!